Wednesday, August 17, 2011

Sleepy Hollow


TERBAEK!!! Serius orgasme aku tengok cerita nih! Huhuhu... filem arahan pengarah terbaek kesukaan aku iaitu Tim Burton ini sekali lagi menampilkan Johnny Depp sebagai teraju utama memegang watak sebagai Ichabod Crane (nama yang aneh). Crane seorang konstable polis di New York (latar masa 1799) yang berpegang kepada sains dan keganasan bukanlah satu-satunya cara untuk menumpaskan jenayah telah dihantar ke bandar Sleepy Hollow untuk mencabarnya menyelesaikan kes pembunuhan bersiri secara sains.

Crane menyahut cabaran itu lantas terus ke Sleepy Hollow tanpa mengetahui yang kesemua mangsa yang dibunuh telah dipenggal kepala dan kepala mereka didapati hilang! Di sini Crane telah dicabar untuk membuktikan urban legend penduduk tempatan yang mengatakan pembunuhan ini telah dilakukan oleh hantu 'Penunggang Berkuda Tidak Berkepala' ataupun Headless Horseman adalah karut sebaliknya pembunuh yang diburu itu adalah manusia.

Fuh! Puas hati sungguh usai menonton filem ini. Aku memang sukakan sebuah filem yang mencabar minda penonton melalui gabungan di antara angker dan realiti. Sains vs Mistik. Filem yang diinspirasikan dari sebuah cerpen, The Lagend Of Sleepy Hollow oleh Washington Irving (ditulis pada tahun 1820) ini sekali lagi memperlihatkan gandingan serasi tuan pengarah bersama Danny Elfman (skor muzik).

Sedikit kisah belakang tabir, filem Sleepy Hollow sepatutnya diarahkan oleh saudara Kevin Yagner. Namun malangnya, selepas melalui suatu penggeseran pandangan dengan pihak Paramount, Yagner telah dilucutkan jawatan dan digantikan dengan Burton pada Jun 1998. Penggambaran berlangsung sekitar November 1998 sehingga Mei 1999 dan selepas ditayangkan di pawagam seluruh dunia, ia mendapat kritikan yang baik sehingga mampu mengaut kutipan sebanyak USD 207 juta. Malah, pereka produksi, saudara Rick Heinrichs dan pereka set Peter Young telah memenangi anugerah Best Art Direction di Academy Award.

Pendek kata ia adalah sebuah filem yang seronok, mengujakan dan berbaloi untuk ditonton.

"Taken by the Headless Horseman... taken back to hell...!"