Saturday, January 14, 2012

Jibam

INI adalah sebuah novelet yang sangat mantooop! Hasil air tangan saudara Ujang (biasa dengarkan nama ni? Ala, Ujang... kartunis nombor 1 di Malaya tu) yang sangat ringkas, menarik dan sarat dengan segala kemanisan dan kepahitan hidup. Lucu. Disampaikan secara berkesan oleh saudara pengarang. Korang pernah baca? Kalau tak pernah memang rugi.

Pertama kali aku baca buku ni sekitar tahun 2006 kalau tak silap aku. Kisahnya, aku sedang jalan nak jumpa Ketua Jabatan di akademi (sekarang mantan). Masa aku lalu tepi bilik seorang pensyarah aku ni, tiba-tiba aku terdengar beliau tengah ketawa berdekah2. Aku pun ketuk pintu dan tanya kenapa. Beliau jawab ;

"Lumbaa lari ke, Tok Ngah?"

Lepas tu dia ketawa balik. Aku perasan ada buku di tangannya. Aku kerling sedikit. Itulah. Jibam judulnya. Aku tanyakan untuk minta pinjam. Selepas setengah jam adegan tawar menawar dan pinta meminta, dia akhirnya memberi pinjam.

Itulah. Jibam.

Ceritanya manis lucu. Aku ketawa dalam menyulam haru. Cetek akal masyarakat dan tabah hati seorang ibu. Lebih kurang, ceritanya mengisahkan Jibam, atau nama benarnya, Asraf, yang dilahirkan cacat. Orang kampung menjadikan dia sebagai objek tampar, hina, ludah dan terajang mereka sesuka hati, terutamanya oleh Tok Ngah. Tok Ngah ni benci benar dengan Jibam. Ada saja perilaku si Jibam yang menyakitkan hati. Dalam cacat si Jibam, dia rupanya punya ilmu mengubat. Warisan dari gemulah ayahnya yang mati dikhianat orang. Terus terang, aku sangat suka watak Kadir. Walaupun abang kedua si Jibam ni kasar dan kurang ajar, tapi itulah karektor yang menyejukkan hati aku yang panas dengan keletah orang kampung, terutamanya Tok Ngah itulah. Kadirlah si hero yang sebenarnya. Huhuhu...

Aku tak nak citer sampai habis. Biarkan korang cari dan baca sendiri. Aku janji, korang takkan kecewa. Ini adalah novel yang berbaloi korang baca sampai habis.

Jibam.

Si cacat yang hebat, lucu dan mengharukan. Bacalah. Bukan tebal pun. 186 m/s aje. Harganya pun murah benar. Hanya 12.90 RM sahaja. Berbaloi-baloi! Bacalah. Aku janji korang akan mengerti.

"Anak Suman...
Jibam, Jibam!
Dengarlah lagu...
Jibam, Jibam!
Kunyanyikan... hanya untukmu...!
Gemuk pendek... mata juling... kepala kecil...
macam babi... oh!
Jibam, Jibam!"

*Kalau kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti...!