Tuesday, February 22, 2011

The Number 23


INILAH sebuah filem yang menyebabkan 'cinta' aku terhadap Jim Carrey bertambah-tambah dengan banyaknya! Muhahahaha! Bagi mereka di luar sana yang cukup menyampah dengan aksi mamat ni yang dikatakan slapstick, overdose dll yang malas untuk rakamkan di sini, anda semua sila tonton filem ini ye?

Aku tertarik dengan filem ini kerana banyak sekali dialog yang sungguh menggegarkan rasa. Ahaks! Filem ini diarahkan oleh Joel Schumacher dan dikeluarkan sekitar tahun 2007. Serba sedikit, filem hasil tulisan Fernley Phillips ini mengisahkan seorang dog cacther bernama Walter Sparrow (dimainkan oleh Jim Carrey) yang percaya, semua rentetan hidupnya boleh berubah dengan hanya menggunakan perkataan 'kalaulah!'. Kalaulah, dia tak sakitkan hati teman isterinya, tentu sahaja sang teman tu takkan menderanya sehingga dia terlewat untuk bertemu dengan isterinya, Agatha Sparrow (Virginia Madsen) yang kebetulan sedang menunggu di depan kedai buku terpakai sehingga menyebabkan Agatha sempat masuk dan membeli sebuah novel bertajuk 'The Number 23'.


Novel ini menghantui hidup Walter kerana ia mengingatkan Walter kepada kehidupannya sendiri. Dia mengesyaki yang penulis buku itu adalah seseorang yang sangat dikenalinya. Pembacaannya semakin merasuki minda sehingga dia menjadi obses dengan kesinambungan novel tersebut, nombor 23 dan kehidupannya. Banyak hal yang di luar dugaan berlaku sehinggalah Walter akhirnya menemui rentetan kehidupan silamnya yang telah hilang dari memorinya selama ini. Rahsia yang mengejutkan terbongkar!

Aku sangat suka filem ini kerana aku selalu percaya, sejauh mana sebuah pembacaan berhasil mempengaruhi kita dan bagaimana kita menguruskan kehidupan. Obsesi Walter Sparrow hanya sebahagian kecil dari kehidupan kita sebenarnya. Banyak lagi kegilaan yang berlegar di sekeliling kita sehingga kadang-kadang kita gagal menemukan perbezaan antara fantasi dan realiti, ilusi atau memori dan mungkin juga semua ini hanya mimpi! Mana satu agaknya? Mungkin juga kehidupan manusia sangat membosankan sehingga kita memerlukan sedikit cabaran untuk mencipta sebuah pengembaraan. Cetusan yang kecil lalu diperbesarkan. Permainan minda!

Apa pun, ini adalah sebuah filem yang membuatkan aku berfikir dan sedikit mereng usai menontonnya. Ia juga menyebabkan aku nampak nombor 23 di mana-mana. Muhahaha! Terbaek!

"First, it takes hold of your mind. Then it takes over your life...!"