Thursday, April 29, 2010

A Nightmare On Elm Street

Versi 2010 yang baru! New nightmare... new Freddy... new old story begin!
Koleksi 'A Nightmare On Elm Street' Kesayanganku!

AKU memilih untuk menulis tentang ini kerana selain ianya adalah antara koleksi seram terbaik kegemaranku, filem ini juga telah dibikin semula ke dalam versi baru 2010 yang bakal menjengah pawagam tidak lama lagi. Aku sedang cuba mencuri kesempatan untuk menontonnya apabila ia ditayangkan nanti.

Aku sangat suka pada filem ini kerana ia bermain dengan masa rehat kita yang paling utama iaitu TIDUR. Sangat susah untuk melawan beban kantuk dan itulah satu2nya perkara yang harus dilakukan bagi mengelak dari bertemu Krueger lakonan mantap Robert Englund. Filem arahan dan lakon layar oleh Wes Craven ini asalnya mula ditayangkan pada 16 November 1984. Bermula dengan Amanda Wyss yang memegang watak sebagai Tina Gray, sekumpulan remaja ini mula dihantui dengan mimpi ngeri bertemu Freddy Krueger yang sedang membalas dendam terhadap keluarga remaja ini yang telah membunuhnya. Di sebalik itu, Krueger dipercayai telah dibebaskan secara cuai oleh mahkamah atas tuduhan menculik dan membunuh kanak2 di Elm Street.

Satu2nya cara untuk selamat adalah bangun dari tidur dan satu2nya juga yang survival adalah Nancy Thompson (Heather Langenkamp). Selain itu aku sangat suka kerana Johnny Deppku yang memegang watak sebagai Glen Lantz (bf Nancy) turut membintangi filem ini. Sayangnya, Glen juga menemui ajal di tangan Freddy Krueger. Aku kembali teruja dengan filem ketiga 'A Nightmare On Elm Street 3 : Dream Warrior's' kerana walaupun jalan ceritanya mula mengarut tapi ia menjentik memori apabila mengembalikan watak Nancy untuk membantu remaja yang baru mula dihantui Krueger. Lakon layar filem ketiga ini dicanai oleh Wes Craven bersama Bruce Wagner dan diarahkan oleh Chuck Russel. Filem ini mula ditayangkan pada 27 Februari 1987.

Koleksi 'A Nightmare On Elm Street' sangat mengujakan dan ianya menyebabkan aku terasa ingin memekik, "Bangun sekarang!!!"

Hebat tak? Huhuhu... jadi sama2lah kita meriahkan pawagam untuk menonton aksi Krueger pada tahun 2010 ini!
One, two, Freddy's coming for you.
Three, four, better lock your door.
Five, six, grab your crucifix.
Seven, eight, gonna stay up late.
Nine, ten, never sleep again

Wednesday, April 28, 2010

My World And I


Aku membikin blog ini dengan satu tujuan saja. Menjadikan blog ini seperti diari peribadi mengenai kesukaanku! (^_~) Aku selalu percaya, setiap orang memerlukan ruangannya yang tersendiri untuk menjadikan hidupnya lebih bermakna. Aku selalu mahu suatu ruang yang boleh aku kongsi dengan lain2 orang tanpa mengenali antara satu sama lain. Ianya samalah seperti menulis di dalam sebuah diari dan kemudian membakarnya!

Salam dari suatu sudut kecil dunia yang lain! (^_+)