Tuesday, October 11, 2011

Set Fire To The Rain

Adele


I let it fall, my heart
And as it fell you rose to claim it
It was dark and I was over
Until you kissed my lips and you save me

My hands, they're strong
But my knees were far too weak
To stand in your arms
Without falling to your feet

But there's a side to you
That I never knew, never knew
All the things you'd say
There were never true, never true
And the games you play
You would always win, always win

But I set fire to the rain
Watched it pour as I touched your face
Well it burned while I cried
Cause I heard it screaming out your name, your name!

When I lay with you
I could stay there
Close my eyes
Feel you here forever
You and me together
Nothing gets better

I set fire to the rain
And I threw us into the flames
Well, it felt something died
'Cause I knew that there was the last time, the last time!

Let it burn
Let it burn
Let it burn...!

INI merupakan sebuah lagu yang sangat membuatkan hati aku membara. Nyanyian penyanyi bervokal mantap dari West Norwood, South London, England bernama Adele Laurie Blue Adkins a.k.a Adele. Gadis chubby yang dilahirkan pada Mei 05, 1988 ini baru saja berusia 23 tahun tapi vokalnya.... fuh, mantap! Ada beberapa buah lagu dari beliau yang sedang menjadi kegilaan seperti Rolling In The Deep dan Someone Like You. Tapi aku lebih jatuh gila pada lagu ini, SET FIRE TO THE RAIN.

Entah kenapa, mendengar lagu ini benar-benar membuatkan hati aku terasa seperti kehujanan dan dibakar dalam nyalaan yang marak. Serius. Itu apa yang aku rasakan. Sejarah Adele ni agak pahit. Tapi dia mengatasi kepahitan itu dan bangkit. Aku ucapkan terima kaseh pada Kin'z sebab memperkenalkan aku pada lagu2 Adele.

Harap korang sukanya sebanyak mana aku. ;)

Wednesday, August 17, 2011

Sleepy Hollow


TERBAEK!!! Serius orgasme aku tengok cerita nih! Huhuhu... filem arahan pengarah terbaek kesukaan aku iaitu Tim Burton ini sekali lagi menampilkan Johnny Depp sebagai teraju utama memegang watak sebagai Ichabod Crane (nama yang aneh). Crane seorang konstable polis di New York (latar masa 1799) yang berpegang kepada sains dan keganasan bukanlah satu-satunya cara untuk menumpaskan jenayah telah dihantar ke bandar Sleepy Hollow untuk mencabarnya menyelesaikan kes pembunuhan bersiri secara sains.

Crane menyahut cabaran itu lantas terus ke Sleepy Hollow tanpa mengetahui yang kesemua mangsa yang dibunuh telah dipenggal kepala dan kepala mereka didapati hilang! Di sini Crane telah dicabar untuk membuktikan urban legend penduduk tempatan yang mengatakan pembunuhan ini telah dilakukan oleh hantu 'Penunggang Berkuda Tidak Berkepala' ataupun Headless Horseman adalah karut sebaliknya pembunuh yang diburu itu adalah manusia.

Fuh! Puas hati sungguh usai menonton filem ini. Aku memang sukakan sebuah filem yang mencabar minda penonton melalui gabungan di antara angker dan realiti. Sains vs Mistik. Filem yang diinspirasikan dari sebuah cerpen, The Lagend Of Sleepy Hollow oleh Washington Irving (ditulis pada tahun 1820) ini sekali lagi memperlihatkan gandingan serasi tuan pengarah bersama Danny Elfman (skor muzik).

Sedikit kisah belakang tabir, filem Sleepy Hollow sepatutnya diarahkan oleh saudara Kevin Yagner. Namun malangnya, selepas melalui suatu penggeseran pandangan dengan pihak Paramount, Yagner telah dilucutkan jawatan dan digantikan dengan Burton pada Jun 1998. Penggambaran berlangsung sekitar November 1998 sehingga Mei 1999 dan selepas ditayangkan di pawagam seluruh dunia, ia mendapat kritikan yang baik sehingga mampu mengaut kutipan sebanyak USD 207 juta. Malah, pereka produksi, saudara Rick Heinrichs dan pereka set Peter Young telah memenangi anugerah Best Art Direction di Academy Award.

Pendek kata ia adalah sebuah filem yang seronok, mengujakan dan berbaloi untuk ditonton.

"Taken by the Headless Horseman... taken back to hell...!"

Friday, April 15, 2011

Sekuntum Kembang Di Sayap Jibril


INI adalah kompilasi cerpen pertama hasil tukangan penulis berbakat kesayangan aku bernama SM Zakir yang aku khatam. Melalui naskah inilah, aku mengenal Zakir dan seterusnya langsung jatuh cinta pada penulisan dan karya-karyanya. Kredit terima kaseh kepada saudara 'Benua Suluk' kerana telah meminjamkan harta karun beliau kepada aku sehingga aku berjaya mengenal karya Zakir. Usai membaca 'Sekuntum Kembang Disayap Jibril', aku gigih mengulang 'Merengkuh Langit' (yang membuat aku demam dan muntah dalam proses menghadamnya), 'Sekeping Roh Di Atas Bantal' (yang lebih manis lembut), 'Menyirat Nirmala' (lebih seimbang) dan seterusnya kumpulan puisi beliau yang cukup mengesankan iaitu 'Memburu Malaikat' (hadiah yang amat bermakna, terima kaseh guru!). Yang terbaharu, 'Serigala Dan Sekuntum Tulip'.

Hari ini aku cuma mahu mengulas 'Sekuntum Kembang Di Sayap Jibril' sahaja kerana ia adalah yang pertama untuk aku. Dan yang pertama selalunya lebih istimewa!

Sekuntum Kembang Di Sayap Jibril dilahirkan untuk melihat kebenaran-kebenaran yang luas, yang merangkumi alam realiti dan alam non-realiti. Cerpen yang diangkat menadi tajuk itu sendiri adalah keutuhan dan kesepaduan tentang jihad dalam menghidupkan kebenaran Islam yang syumul. Sekuntum Kembang Di Sayap Jibril memuatkan 21 buah cerpen S.M. Zakir yang ditulis antara tahun 1994 - 2001. Cerpen-cerpen ini boleh dilhat sebagai period kedua proses pengkaryaan S.M. Zakir selepas kumpulan cerpennya di dalam Merengkuh Langit. Kumpulan cerpennya kali ini memperlihatkan bentuk-bentuk matang karya S.M. Zakir yang lebih berhati-hati dalam penggunaan bahasa dan estetika sastera. Walau bagaimanapun, S.M. Zakir masih mengekalkan keseriusan karya-karyanya lewat tema-tema falsafah dan alam di luar akal yang berada di dalam mahupun di luar jalur fikir realiti.
( ihsan dari google (sinopsis))

Antara 21 buah cerpen ini, aku telah memilih sebanyak 4 buah cerpen untuk diulas berdasarkan kepada satu persamaan jelas yang dapat dikesan dalam kesemua cerpen ini. Dalam keempat-empat buah cerpen karya S. M. Zakir ini, penilaian kasar yang dapat dikesan ialah kehadiran nilai-nilai romantisisme yang bergerak seiring dengan kekuatan idea cerita dan gaya bahasanya.

Walaupun keempat-empat buah cerita ini bertitik tolak daripada jalan cerita dan latar yang cukup berbeza; Syair Bunga Dan Pasir mengisahkan putera Arab yang menuntut bela di atas kematian ayahandanya, Sekuntum Kembang Di Sayap Jibril menceritakan tentang Nizami, karyanya dan perjuangannya di Grozny, Cinta Si Pemain Pedang membawakan khalayak kepada Saf, lasykar si pemenggal kepala, manakala Cinta Sekerdip Embun pula mencipta kelainan dengan mimpi indah seorang lelaki bernama Mohd Qais, namun apa yang jelas walaupun ianya mempunyai misi dan tujuan tersendiri, persamaan yang jelas ketara dapat dikesan ialah setiap satu daripada cerpen-cerpen ini, ia diselitkan dengan kisah percintaan romantis watak-watak utama. Cinta Imru’ al-Qais dengan Unaizah, kasih Saf dan Hasya, sayang Nizami buat Najwa dan juga rindu Mohd Qais kepada Laila dikira berjaya menyentuh khalayak dengan emosi terharu.

Walaupun keempat-empatnya kisah cinta agung ini membawa kepada kesudahan yang cukup tragis, namun kisah tragis itulah yang berjaya membawa kesan emosi yang cukup berkesan kepada khalayak. Penyelitan unsur-unsur percintaan ini antara lainnya berfungsi sebagai daya tarikan kepada khalayak yang membaca. Walaupun ianya kisah cinta dan cerita cinta biasanya dianggap klise, namun pengarang berjaya melahirkan karya-karya cinta yang berjiwa baru dan kuat. Bahasa yang digunakan juga beraroma segar dan kaya dengan nilai-nilai estetika.

Perkara-perkara inilah yang telah menjadikan cerpen-cerpen ini segar dan berjiwa baru walaupun menyelitkan kisah cinta di dalamnya selain jalan ceritanya yang kuat. Selamat membaca!

Friday, March 4, 2011

Wind

Akeboshi



Cultivate your hunger, before you idealize
Motivate your anger, to make them all realize
Climbing the mountain, never coming down
Break into the contents, never falling down

My knee is still shaking, like I was twelve
Sneakin' out the classroom, by the back door
A man railed at me twice though
But I didn't care
Waiting is wasting, for people like me

Don't try to look so wise
Don't cry 'cause you're so right
Don't dry with fakes or fears
'Cause you will hate yourself in the end

Don't try to look so wise
Don't cry 'cause you're so right
Don't dry with fakes or fears
'Cause you will hate yourself in the end
You say, dreams are dreams
I ain't gonna play the fool anymore
You say, 'cause I still got my soul
Take your time baby
Your blood needs slowin' down
Breach your soul to reach yourself before you gloom
Reflection of fear make shadow of nothing
Shadow of nothing
You still are blind if you see winding road
'Cause there's always straight way to the point you see

Don't try to look so wise
Don't cry 'cause you're so right
Don't dry with fakes or fears
'Cause you will hate yourself in the end



Ini adalah lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi dari Jepun bernama Joshio Akeboshi. Lagu ini merupakan ending song pertama siri kegemaran aku bersama adik beradikku iaitu NARUTO SHIPPUDEN!!! Watak yang paling aku suka dalam siri ini tak syak lagi iaitu sensei Naruto yang bernama Kakashi Hatake! Muhahaha... aku suka lagu ni sebab ia sangat cool dan menyemarakkan jiwa. ;-) Jadi sila nikmatinya! Wind dari Akeboshi.

Tuesday, February 22, 2011

The Number 23


INILAH sebuah filem yang menyebabkan 'cinta' aku terhadap Jim Carrey bertambah-tambah dengan banyaknya! Muhahahaha! Bagi mereka di luar sana yang cukup menyampah dengan aksi mamat ni yang dikatakan slapstick, overdose dll yang malas untuk rakamkan di sini, anda semua sila tonton filem ini ye?

Aku tertarik dengan filem ini kerana banyak sekali dialog yang sungguh menggegarkan rasa. Ahaks! Filem ini diarahkan oleh Joel Schumacher dan dikeluarkan sekitar tahun 2007. Serba sedikit, filem hasil tulisan Fernley Phillips ini mengisahkan seorang dog cacther bernama Walter Sparrow (dimainkan oleh Jim Carrey) yang percaya, semua rentetan hidupnya boleh berubah dengan hanya menggunakan perkataan 'kalaulah!'. Kalaulah, dia tak sakitkan hati teman isterinya, tentu sahaja sang teman tu takkan menderanya sehingga dia terlewat untuk bertemu dengan isterinya, Agatha Sparrow (Virginia Madsen) yang kebetulan sedang menunggu di depan kedai buku terpakai sehingga menyebabkan Agatha sempat masuk dan membeli sebuah novel bertajuk 'The Number 23'.


Novel ini menghantui hidup Walter kerana ia mengingatkan Walter kepada kehidupannya sendiri. Dia mengesyaki yang penulis buku itu adalah seseorang yang sangat dikenalinya. Pembacaannya semakin merasuki minda sehingga dia menjadi obses dengan kesinambungan novel tersebut, nombor 23 dan kehidupannya. Banyak hal yang di luar dugaan berlaku sehinggalah Walter akhirnya menemui rentetan kehidupan silamnya yang telah hilang dari memorinya selama ini. Rahsia yang mengejutkan terbongkar!

Aku sangat suka filem ini kerana aku selalu percaya, sejauh mana sebuah pembacaan berhasil mempengaruhi kita dan bagaimana kita menguruskan kehidupan. Obsesi Walter Sparrow hanya sebahagian kecil dari kehidupan kita sebenarnya. Banyak lagi kegilaan yang berlegar di sekeliling kita sehingga kadang-kadang kita gagal menemukan perbezaan antara fantasi dan realiti, ilusi atau memori dan mungkin juga semua ini hanya mimpi! Mana satu agaknya? Mungkin juga kehidupan manusia sangat membosankan sehingga kita memerlukan sedikit cabaran untuk mencipta sebuah pengembaraan. Cetusan yang kecil lalu diperbesarkan. Permainan minda!

Apa pun, ini adalah sebuah filem yang membuatkan aku berfikir dan sedikit mereng usai menontonnya. Ia juga menyebabkan aku nampak nombor 23 di mana-mana. Muhahaha! Terbaek!

"First, it takes hold of your mind. Then it takes over your life...!"