Wednesday, June 30, 2010

Secret Window


ENTAH kenapa aku sangat menyukai lakonan Johnny Depp. Sempurna! Gaya lakonannya, watak yang dimainkan dan figuranya sendiri. Sukalah! Huhuhu... Johnny Depp+Helena Bonham Carter+Tim Burton adalah filem yang sempurna bagi aku (tetapi sedikit mengecewakan di dalam Alice In Wonderland). Ok, kali ini aku nak bercakap tentang Secret Window, salah satu koleksi yang paling membuatkan aku berpeluh-peluh! Kebetulan beberapa hari lepas ketemu dengan seorang teman dan antara inti bual kami adalah mengenai filem ini.

Secret Window merupakan sebuah filem arahan David Koepp di mana lakon layarnya juga ditulis sendiri oleh Koepp berdasarkan sebuah novel hasil karya 'master of horror', Stephen King yang asalnya berjudul ‘Secret Window, Secret Garden’. Secret Window di tayangkan pada 12 Mac 2004 oleh Columbia Pictures. Filem ini sungguh hebat. Mainan sakit psikologi yang dihidapi oleh Morton Rainey (Depp) menyebabkan dia mewujudkan watak pendua (split personality) bernama John Shooter. Dari sudut pandangan penonton, pada suatu hari yang dingin ketika Rainey sedang enak tidur, dia didatangi Shooter yang tiba menuduh Rainey memplagiat karyanya yang berjudul ‘Sowing Season’ dan menukarnya menjadi ‘Secret Window’. Shooter cuma menuntut satu perkara, dia mahu kesudahan ceritanya yang telah ditukar Rainey. Kesudahannya yang sempurna!

Apabila kita tahu apa sebenarnya yang dimahukan Rainey melalui Shooter, wah! Di sinilah klimaksnya… aduhai! Cukup berpeluh-peluh sungguh. Paling membuatku meloya tekak adalah pada bahagian Rainey mengunyah enak jagung rebus yang dituai dari ‘taman rahsia’nya. Adegan yang membuat aku jatuh cinta pula ialah apabila watak Rainey yang sudah bercampur dengan perwatakan Shooter bersembunyi di balik pintu dan kemudian menolaknya perlahan lalu mengangkat muka. Wai!!! Lakonan Depp sungguh mantap. Aku bagi 5 bintang untuk cerita ni! Terbaik dari ladang… huhuhu!

“Some window should never be opened…!”