Friday, August 13, 2010

Lagi Cerpen-Cerpen Underground


INI adalah sebuah naskah yang fuh!!! Itulah gambarannya. Pertama kali membacanya aku jadi termenung panjang. Otak bekerja keras untuk memahami dan menterjemahkan karya ini. Lagi Cerpen-Cerpen Underground adalah hasil kolaborasi antara seorang penulis muda yang lantang dan hebat membawa kita kembara dalam alam imaginasi bersaur realiti (cth : Advancer Si Peniup Ney, Manikam Kalbu dll) bernama Faisal Tehrani dan juga seorang penulis yang baru dalam kamus bacaan aku, masih kurang aku mesrai bernama Saharil Hasrin Sanin. Khabarnya koleksi ini adalah versi yang kedua diterbitkan. Yang pertama kalau tak salah, kolaborasi Faisal bersama Azman Hussin. Malangnya edisi pertama ini gagal untuk aku kesan.

Terdapat enam belas buah cerpen di dalam antologi ini. Kesemuanya ditulis secara luar biasa pada penilaian aku. Luar biasanya adalah melalui gaya penceritaan yang santai namun cukup menyengat! Mengambil kata-kata dari Sasterawan Negara Usman Awang yang berbunyi;

"Jangan diam! Seseorang hanya layak digelar penulis bila sudah berani menyatakan sikap!"

Lalu kedua orang ini benar-benar menulis dengan menyatakan sikap. Pertama kali aku mendengar istilah cerpen haiku (dikatakan). Hal ini keranta cerpen ini sungguh pendek, betul-betul pendek. Namun isu yang disampaikan jelas dan difahami jelas dalam medium yang begitu terhad! Tahniah diucapkan kepada penulis (saudara Saharil).

Kegemaran aku melalui Faisal adalah 'Lara Budak Uranus' dan 'Pisang' (yang lain pun gemar tapi ini yang paling gemar!). 'Lara Budak Uranus' mengambil kisah seorang sasterawan yang berusaha untuk memampuskan sastera dan kemanusiaan di dalam karyanya kerana terlalu kecewa dengan khalayak yang tidak pernah mahu mengambil kisah tentang semua itu. Dia mula menjadi 'pelacur bahasa' yang menganyam sebuah naratif sampah yang picis. Ternyata walaupun seluruh dunia sastera menghentamnya, seluruh dunia remaja pula mula menjadikan dia sebagai idola. Sekelip mata dia menjadi fenomena. Kehidupannya berubah. Namun pada penghujung cerita, dia mulai sedar bahawa karya yang mengenyangkan perut ternyata gagal mengeyangkan jiwa. Dia bangkit dari dunia hipokrit khalayannya lalu memulakan semula langkah untuk memperjuangankan keindahan sastera dan menjulang kemanusiaan di dalam karyanya. Cerpen ini menurut aku sungguh kena dengan situasi seorang penulis hari ini. Bagaimana seorang penulis sastera sedang bergelut dengan dunia yang lebih menyanjung novel popular yang tidak mengandungi apa-apa seperti makanan segera yang enak tetapi ternyata tidak berkhasiat.

'Pisang' mula sebuah satira yang sungguh tajam menikam dunia politik hari ini. Aku cukup suka! Tak banyak yang mahu aku ulas di sini mengenai cerpen ini kerana aku mahu kalian membacanya sendiri dan menikmatinya seperti aku! Huhuhu...

Melalui Saharil pula, aku suka cerpen 'Lama' dan 'Baru'nya. Kedua cerpen ini boleh dikatakan sebagai prekuel dan sekuel. Ketika awal membaca 'Lama', sumpah sungguh aku tidak menyangka ia adalah sambungan kepada 'Baru'. Hanyalah pada ketika watak utama itu pergi ke majlis pengkebumian kekasih kepada kawan kerdilnya yang kebetulan kenalan kepada bekas sahabat baiknya (yang menyebabkan seluruh hidupnya berubah) barulah aku tersedar. Kagum! Ceritanya mudah... gaya bahasanya santai. Sebenarnya aku jatuh suka dengan karya Saharil kesemuanya. Ada yang kurang aku fahami seperti 'Elektrohabitat', tapi itu bukan alasan. Karya beliau sungguh berbeza dari sudut yang berbeza pula dengan karya-karya yang pernah aku kuliti sebelum ini. Ada kepuasan yang lain pada karya beliau!

Lain2 cerpen yang berjaya membuatkan aku termenung panjang dan tergelak-gelak adalah, 'Kulat' (sebuah sinikal menyindir dunia hiburan dan artis murahan serta skandal dengan orang kaya ternama), Pasu, 'Momok Yang Pesimis', 'Memberontak Menggunakan Alkali' dan 'Demokrasi Slapstik' (keempat2 ini adalah cerpen yang sungguh pendek itu) dan Anak-Anak Bumi Tercinta (sebuah cerpen yang sungguh ganas!).

Penuh sinikal, penuh satira dan penuh segala-galanya menyebabkan karya ini terpilih sebagai koleksi kesayangan aku! Sila dapatkan di pasaran. Bagi mereka yang tidak begitu faham bahasa sastera yang tersusun dan memeningkan, aku kira kalian sesuai membaca karya ini. (^_^)

"Dalam beberapa ketika suara orang muda yang tak terdengarkan, terbenam di bawah bumi tentunya sebahagian dari sastera minoriti. Sastera begini penuh kritik, satira dan ideologi. Sastera bawah tanah begini adalah sastera yang 'popular' dalam kerangka tersendiri. Ditampilkan pelbagai warna manusia, lekuk cerita, ceruk latar, sudut fahaman yang terkutip sepanjang perjalanan. Pada sesetengah ketika sejarah, ramalan masa hadapan, sindiran, kehidupan gelap, penampilan yang songsang dipapar supaya dijadi teladan. Sebahagian keadaan terasa keterlaluan terutama pada karya-karya Saharil dan terasa terlalu imaginatif pula pada kerja-kerja Faisal namun masih ada lapis pengajaran yang perlu digali serta fakta untuk direnungi." (LCCU : Saharil dan Faisal)

Friday, July 9, 2010

Mama

My Chemical Romance

Mama, we all go to hell.

Mama, we all go to hell.
I'm writing this letter and wishing you well,
Mama, we all go to hell.

Oh, well, now,
Mama, we're all gonna die.
Mama, we're all gonna die.
Stop asking me questions, I'd hate to see you cry,
Mama, we're all gonna die.

And when we go don't blame us, yeah.
We'll let the fires just bathe us, yeah.
You made us, oh, so famous.
We'll never let you go.
And when you go don't return to me my love.

Mama, we're all full of lies.
Mama, we're meant for the flies.
And right now they're building a coffin your size,
Mama, we're all full of lies.

Well Mother, what the war did to my legs and to my tongue,
You should've raised a baby girl,
I should've been a better son.
If you could coddle the infection
They can amputate at once.
You should've been,
I could have been a better son.

And when we go don't blame us, yeah.
We'll let the fires just bathe us, yeah.
You made us, oh, so famous.
We'll never let you go.

She said: "You ain't no son of mine
For what you've done they're gonna find
A place for you
And just you mind your manners when you go.
And when you go, don't return to me, my love."
That's right.

Mama, we all go to hell.
Mama, we all go to hell.
It's really quite pleasant
Except for the smell,
Mama, we all go to hell.

2 - 3 - 4
Mama! Mama! Mama! Ohhh!
Mama! Mama! Mama! Ma...

[Liza Minelli:] And if you would call me your sweetheart,
I'd maybe then sing you a song

[Gerard Way:] But the shit that I've done with this fuck of a gun,
You would cry out your eyes all along.

We're damned after all.
Through fortune and flame we fall.
And if you can stay then I'll show you the way,
To return from the ashes you call.

We all carry on (We all carry on)
When our brothers in arms are gone (When our brothers in arms are gone)
So raise your glass high
For tomorrow we die,
And return from the ashes you call.

INI adalah lagu yang paling membuatkan aku termenung pada kali pertama aku mendengarnya. Liriknya sungguh... fuh! Sukar untuk jelaskan dengan kata2nya. Kalau tak silap aku lagu ni berkisarkan tentang perang. Tapi aku kurang pasti. Maklum saja, penguasaan aku terhadap bahasa asing ini sangat minima. Jadinya pemahaman aku terhadap lagu ni lebih baik aku pendam saja. Salah cakap nanti, orang kata aku belagak pandai lak. Apa pun, interpretasi terhadap lagu ni boleh jadi macam2. So, aku harap korang enjoy lagu ni seperti aku! (^_^)

Nota kaki : MAMA adalah lagu My Chemical Romance yang kedua paling aku suka selepas THE SHARPEST LIFE. Damn! Layan, ders!

Wednesday, July 7, 2010

Laskar Pelangi


Nidji


Mimpi adalah kunci

Untuk kita menaklukkan dunia

Berlarilah tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya

Laskar pelangi
Takkan terikat waktu
Bebaskan mimpimu di angkasa
Warnai bintang di jiwa

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia

Selamanya...

Cinta kepada hidup
Memberikan senyuman abadi
Walau hidup kadang tak adil
Tapi cinta lengkapi kita

Laskar pelangi
Takkan terikat waktu
Jangan berhenti mewarnai
Jutaan mimpi di bumi

Selamanya...

Laskar pelangi
Takkan terikat waktu..

LAGU Laskar Pelangi nyanyian Nidji ini memiliki kuasa optimis dan positif yang begitu kuat sekali sehingga aku merasa cukup terkesan setiap kali mendengarnya! Aku cuba cari info tentang lagu nih tapi tak jumpa la. Mungkin aku tak begitu pandai menggunakan khidmat Lebai Google. Huhuhuhu.... yang penting lagu ini karen banget, so enjoy!

Thursday, July 1, 2010

Naratif Ogonshoto


INI merupakan suatu karya yang sungguh istimewa. Hasil tukangan Sasterawan Negara Ke-10, Dato' Dr. Anwar Ridhwan yang kali pertama diterbitkan oleh Matahari Books pada tahun 2001 dan kemudian diulang cetak dan diterbitkan semula pada tahun 2006. Secara totalnya, karya ini mengisahkan sebuah negara kepulauan yang menjadi mangsa salah laku ekonomi dan politik dengan mengambil ilham melalui krisis kewangan dan kemelut politik yang melanda Malaysia pada tahun 1998.

Buku ini paling banyak diperbahaskan sama ada ianya sebuah kumpulan cerpen ataupun novel. Secara seluruhnya, Naratif Ogonshoto adalah sebuah cerita yang lengkap seperti kata penulisnya, naratif-naratif yang dikumpulkan seperti seekor ikan yang ada kepala, badan dan ekornya. Ada prolog dan epilognya. Selayaknya ia diangkat sebagai sebuah novel berdasarkan ini. Namun kesemua bab yang terkandung di dalam naskah ini kesemuanya mempunyai tajuk yang tersendiri dan mampu berdiri sebuah karya seperti cerpen. Kumpulan cerpen atau novel, naratif sebuah kepulauan fiktif ini benar asyik dan punya pesona tersendiri.

Ogonshoto merupakan bahasa Jepun yang bermaksud 'Kepulauan Emas'. Hebatnya karya ini adalah melalui ketelitian penulisnya membina sebuah kepulauan fiktif yang lengkap dengan budaya, lokasi, cara hidup, falsafah dan peribahasa, iklim dan aspek-aspek geografi serta kedudukan institusi sosial juga politik dan ekonominya, serba-serbi sehingga ada yang menyangka Ogonshoto benar2 sebuah negara yang wujud. Huhuhu! Aku pernah menyiapkan sebuah kertas kerja untuk kelas Seminar Kritikan semasa di tahun akhir pengajian bertajuk 'Meneliti Sastera Budaya Di Dalam Naratif Ogonshoto'.

Kesimpulannya, keseluruhan pemikiran dan semangat penting yang mendasari Naratif Ogonshoto bersembunyi di bawah paras naratifnya. Segala peranti seni telah dimanfaatkan dan dimanipulasi serta penciptaan republik fiktif ini bagi mengangkat isu yang mungkin memberi kesan kemarahan dan protes.

Kepada kawan2 yang tersesat di sini, aku syorkan pada kalian untuk membaca karya ini. Ianya sarat dengan pemikiran dan disampaikan dengan gaya bahasa yang cukup santai. Mudah untuk menghadamnya. 4 setengah bintang untuk Naratif Ogonshoto!

“Mereka ( rakyat ) tidak menghormati saya, mereka takutkan saya!”

Wednesday, June 30, 2010

Secret Window


ENTAH kenapa aku sangat menyukai lakonan Johnny Depp. Sempurna! Gaya lakonannya, watak yang dimainkan dan figuranya sendiri. Sukalah! Huhuhu... Johnny Depp+Helena Bonham Carter+Tim Burton adalah filem yang sempurna bagi aku (tetapi sedikit mengecewakan di dalam Alice In Wonderland). Ok, kali ini aku nak bercakap tentang Secret Window, salah satu koleksi yang paling membuatkan aku berpeluh-peluh! Kebetulan beberapa hari lepas ketemu dengan seorang teman dan antara inti bual kami adalah mengenai filem ini.

Secret Window merupakan sebuah filem arahan David Koepp di mana lakon layarnya juga ditulis sendiri oleh Koepp berdasarkan sebuah novel hasil karya 'master of horror', Stephen King yang asalnya berjudul ‘Secret Window, Secret Garden’. Secret Window di tayangkan pada 12 Mac 2004 oleh Columbia Pictures. Filem ini sungguh hebat. Mainan sakit psikologi yang dihidapi oleh Morton Rainey (Depp) menyebabkan dia mewujudkan watak pendua (split personality) bernama John Shooter. Dari sudut pandangan penonton, pada suatu hari yang dingin ketika Rainey sedang enak tidur, dia didatangi Shooter yang tiba menuduh Rainey memplagiat karyanya yang berjudul ‘Sowing Season’ dan menukarnya menjadi ‘Secret Window’. Shooter cuma menuntut satu perkara, dia mahu kesudahan ceritanya yang telah ditukar Rainey. Kesudahannya yang sempurna!

Apabila kita tahu apa sebenarnya yang dimahukan Rainey melalui Shooter, wah! Di sinilah klimaksnya… aduhai! Cukup berpeluh-peluh sungguh. Paling membuatku meloya tekak adalah pada bahagian Rainey mengunyah enak jagung rebus yang dituai dari ‘taman rahsia’nya. Adegan yang membuat aku jatuh cinta pula ialah apabila watak Rainey yang sudah bercampur dengan perwatakan Shooter bersembunyi di balik pintu dan kemudian menolaknya perlahan lalu mengangkat muka. Wai!!! Lakonan Depp sungguh mantap. Aku bagi 5 bintang untuk cerita ni! Terbaik dari ladang… huhuhu!

“Some window should never be opened…!”

Thursday, April 29, 2010

A Nightmare On Elm Street

Versi 2010 yang baru! New nightmare... new Freddy... new old story begin!
Koleksi 'A Nightmare On Elm Street' Kesayanganku!

AKU memilih untuk menulis tentang ini kerana selain ianya adalah antara koleksi seram terbaik kegemaranku, filem ini juga telah dibikin semula ke dalam versi baru 2010 yang bakal menjengah pawagam tidak lama lagi. Aku sedang cuba mencuri kesempatan untuk menontonnya apabila ia ditayangkan nanti.

Aku sangat suka pada filem ini kerana ia bermain dengan masa rehat kita yang paling utama iaitu TIDUR. Sangat susah untuk melawan beban kantuk dan itulah satu2nya perkara yang harus dilakukan bagi mengelak dari bertemu Krueger lakonan mantap Robert Englund. Filem arahan dan lakon layar oleh Wes Craven ini asalnya mula ditayangkan pada 16 November 1984. Bermula dengan Amanda Wyss yang memegang watak sebagai Tina Gray, sekumpulan remaja ini mula dihantui dengan mimpi ngeri bertemu Freddy Krueger yang sedang membalas dendam terhadap keluarga remaja ini yang telah membunuhnya. Di sebalik itu, Krueger dipercayai telah dibebaskan secara cuai oleh mahkamah atas tuduhan menculik dan membunuh kanak2 di Elm Street.

Satu2nya cara untuk selamat adalah bangun dari tidur dan satu2nya juga yang survival adalah Nancy Thompson (Heather Langenkamp). Selain itu aku sangat suka kerana Johnny Deppku yang memegang watak sebagai Glen Lantz (bf Nancy) turut membintangi filem ini. Sayangnya, Glen juga menemui ajal di tangan Freddy Krueger. Aku kembali teruja dengan filem ketiga 'A Nightmare On Elm Street 3 : Dream Warrior's' kerana walaupun jalan ceritanya mula mengarut tapi ia menjentik memori apabila mengembalikan watak Nancy untuk membantu remaja yang baru mula dihantui Krueger. Lakon layar filem ketiga ini dicanai oleh Wes Craven bersama Bruce Wagner dan diarahkan oleh Chuck Russel. Filem ini mula ditayangkan pada 27 Februari 1987.

Koleksi 'A Nightmare On Elm Street' sangat mengujakan dan ianya menyebabkan aku terasa ingin memekik, "Bangun sekarang!!!"

Hebat tak? Huhuhu... jadi sama2lah kita meriahkan pawagam untuk menonton aksi Krueger pada tahun 2010 ini!
One, two, Freddy's coming for you.
Three, four, better lock your door.
Five, six, grab your crucifix.
Seven, eight, gonna stay up late.
Nine, ten, never sleep again

Wednesday, April 28, 2010

My World And I


Aku membikin blog ini dengan satu tujuan saja. Menjadikan blog ini seperti diari peribadi mengenai kesukaanku! (^_~) Aku selalu percaya, setiap orang memerlukan ruangannya yang tersendiri untuk menjadikan hidupnya lebih bermakna. Aku selalu mahu suatu ruang yang boleh aku kongsi dengan lain2 orang tanpa mengenali antara satu sama lain. Ianya samalah seperti menulis di dalam sebuah diari dan kemudian membakarnya!

Salam dari suatu sudut kecil dunia yang lain! (^_+)